Friday, September 11, 2009

SEJARAH PERKEMBANGAN FILEM MELAYU

Sejarah perkembangan filem Melayu pertama yang dihasilkan di Tanah Melayu ialah Laila Majnun (1933) yang dihasilkan oleh B.S.Rajhan, pengarah yang berasal dari India. Filem Laila Majnun ini telah dijadikan rujukan oleh pengarah-pengarah filem Melayu selepasnya kerana kejayaan filem tersebut meraih kutipan tiket “pecah panggung”. Namun begitu, filem Laila Majnun ini lebih mengikut cita rasa masyarakat India pada masa itu yang merupakan filem adaptasi daripada filem Bollywood yang mempunyai tajuk yang sama dengan filem tersebut. Acuan filem ini dirangka oleh B.S.Rajhan dan dibantu oleh pengarah-pengarah dari India yang lain seperti Phani Manjumdar, S.Ramanathan, B.N.Rao dan L.Krishnan. 
Penghasilan filem ini juga adalah berdasarkan kehendak masyarakat setempat iaitu untuk orang Melayu kerana budaya Melayu ketika itu mempunyai ciri-ciri budaya India. Filem ini juga dikatakan mempunyai nilai jiwa yang cukup tinggi dan mempunyai pengajaran cukup mendalam kepada masyarakat Melayu pada zaman itu. Isu yang hangat diperkatakan pada masa kini adalah filem-filem Melayu yang dihasilkan pada zaman moden ini dikatakan tidak mempunyai nilai jiwa dan dianggap lebih cenderung ke arah kapitalisme semata-mata. Persoalannya, adakah pernyataan ini benar bahawa filem pada zaman ini tidak mempunyai nilai jiwa jika ingin dibandingkan dengan filem-filem pada zaman dahulu?.

 
Selain itu,penghasilan filem ini juga berdasarkan kehendak masyarakat setempat iaitu untuk orang Melayu sahaja. Budaya Melayu pada ketika itu mempunyai ciri-ciri budaya India atau Hindu. Namun begitu apabila muncul filem Melayu iaitu filem Penarek Becha yang dihasilkan oleh anak seni Melayu yang kreatif iaitu P. Ramlee,berlakulah pembaharuan dalam pengisian acuan filem Melayu Negara. Oleh itu, filem melayu mengalami revolusi ke arah filem yang mempunyai jiwa Melayu yang membawa pengertiaan subjektif kepada masyarakat Melayu. Filem Melayu ini pada era studio memperlihatkan keperluan pengisian jiwa Melayu yang disebabkan oleh dua faktor utama iaitu filem Melayu merupakan alat hiburan yang mutlak dan filem melayu merujuk kepada orang melayu setempat iaitu masyarakat singapura.
Filem Melayu pada masa dahulu dikatakan memperlihatkan keperluan pengisian jiwa adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah filem melayu pada masa itu manjadi alat hiburan mutlak. Peranan ini berdasarkan asal usul filem Melayu yang diarahkan oleh pengarah dari India seperti B.S.Rajhan. Namun begitu, ada juga sesetengah pemilik seperti Shows Brothers dan Cathay Keris menghasilkan filem Melayu untuk mengaut keuntungan. Jadi, pernyataan bahawa filem Melayu pada masa kini adalah bersifat kapitalisme adalah tidak benar kerana penerbit filem pada masa dahulu juga mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengaut keuntungan. Kebanyakan filem pada masa dahulu juga membawa tema yang ringan dan bersifat personal. Filem Melayu juga lebih berkisar tentang perbezaan darjat, konflik rumah tangga, cinta sejati dan kisah wanita. Ternyata jiwa orang Melayu lebih sensitive terhadap keperluan emosi seperti cinta dan kasih sayang.
Faktor kedua dari aspek identifikasi khusus, orang Melayu dalam filem Melayu merujuk kepada orang Melayu setempat iaitu masyarakat Melayu Singapura. Hal ini dapat dilihat pada lokasi penggambaran yang dibuat di studio Singapura. Hasil kreativiti pengarah, identifikasi khusus berjaya dialihkan melalui tema universal sebagai mewakili identifikasi Tanah Melayu. Dari segi sejarah, Singapura merupakan antara negeri Selat yang menjadi anak emas kepada penjajah Inggeris.Walaupun terletak dengan penggambaran di studio,pengarah filem masih berpandukan suasana persekitaran Singapura yang sempurna.Namun begitu selepas kemerdekaan ,filem Melayu memperlihatkan peralihan jiwa Melayu.Sebagai contoh,filem Sarjan Hassan (1957) , Raja Laksaman Bentan (1959) , Singapura dilanggar todak (1962) dan Hang Tuah (1961).Melalui filem ini, orang Melayu digambarkan sebagai pejuang bangsa dan memberontak terhadap penguasa yang zalim.
Pada era 2000 hingga 2007 hasil pengarah generasi baru yang digarap dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK),berlaku perkembangan kreativiti yang mengangkat kelainan tema filem Melayu.Filem Melayu sekarang sudah berubah wajah selari dengan evolusi masyarakat setempat.Tambahan pula filem Melayu turut diresapi oleh pengaruh budaya masyarakat majmuk,globalisasi dan gaya hidup masyarakat moden.Penghasilan filem Melayu lebih cenderung kea rah kapitalisme.Jiwa Melayu sebegini mengangkat semangat Melayu yang lebih terbuka dan liberal contohnya filem Gubra (2006),Gol dan gincu (2005),dan Salon (2005) mengalami perubahan jiwa Melayu mengikut konteks semasa.Melalui identifikasi Melayu dalam filem watak orang Melayu digambarkan lebih bersifat Melayu metropolitan.Perkara ini adalah hasil daripada kreativiti dan pengarah yang mendapat pengaruh daripada suasana kota besar.Melalui file mini watak Melayu hampir meniru masyarakat yang lahir dari kota besar seperti London dan Tokyo.Walau bagaimanapun komposisi masyarakat Melayu Bandar lebih kecil jika dibandingkan dengan masyarakat luar bandar.Pembentukan Melayu baru oleh pengarah Bnard Chauly,gagal diterima oleh masyarakat setempat memandangkan majoriti penonton filem Melayu merupakan penonton Melayu luar Bandar.
Selain itu juga,filem gubra cuba mengangkat konsep Melayu ke arah keagamaan (Islam ) secara terbuka .Watak Melayu seperti Bilal,pelacur dan Orkid merupakan watak Melayu baharu pilihan pengarang .Pengarang mencipta suasana yang sinis terhadap sifat Melayu agar segala pantang larang Melayu dibongkar.Andaian pengarang pantang larang dalam filem ini dianggap penghalang kemajuan orang Melayu.Semangat Melayu yang diangkat oleh pengarah Jasmin Ahmad dalam filem gubra berlandaskan latar belakang keluarga dan pengalaman beliau.Namun begitu,seperti filem gold an gincu semangat Melayu dalam filem tersebut tidak boleh diterima dalam masyarakat setempat.Watak Melayu yang dicipta dalam filem tersebut cuba membawa jiwa Melayu yang bebas dan selari dengan jiwa semasa.Berlainan pula filem arahan Rahim Razali,walaupun beliau mempunyai latar yang sama dengan Benard Chauly dan Jasmin Ahmad,beliau masih menitik semangat patriotisme Melayu secara jujur dalam filem arahannya seperti Abang,(1981),Matinya seorang patriot(1984),dan Tsu-Feh Sofiah(1986).Pembentukan watak Melayu secara sinikal lebih jelas dan kukuh menerusi sentuhan Rahim Razali.
Dalam pencarian semangat Melayu,definisi watak Melayu sekarang berbeza daripada filem-filem pada era P.Ramlee.Pada era ini,definisi Melayu dicipta oleh pengarah untuk tujuan hiburan dan lebih bersifat personal.Semangat Melayu pada era P.Ramlee menolak adat dan budaya yang tidak relevan setempat khususnya masyarakat Melayu Islam seperti filem Nujum Pak Belalang (1959) mengangkat persoalan Melayu pemalas dan suka menipu untuk keuntungan diri dan filem Masuk Angin Keluar Asap(1963) mempersoalkan konsep kejiranan dalam kalangan masyarakat Melayu.Masyarakat Melayu pada ketika itu menonton filem sebagai hiburan semata-mata dan filem dicipta bukan untuk mencabar minda.Walau bagaimanapun,semangat Melayu yang ditunjukkan oleh pengarah filem Melayu pada era Rahim Razali ataupun A.R Badol pada 1980-an menampakkan perubahannya,Filem yang dihasilkan oleh mereka seolah-olah menolak semangat Melayu yang sedia ada dan memberikan pendekatan Melayu mengikut acuan aliran budaya luar.
Mengikut perlembagaan persekutuan,perkara 160(2) takrifan orang Melayu merangkumi orang yang beragama Islam,bertutur dalam bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari kemerdekaan sama ada di Persekutuan,Singapura atau pada hari merdeka, dan bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Mengikut pendapat Syed Hussin,ahli antropologi yang terkenal di tanah air dalam bukunya masyarakat dan budaya Melayu(1988) orang Melayu itu dari segi zahirnya,lazimnya berkulit sawa matang,berbadan sederhana,besar atau tegap serta berlemah lembut dan berbudi bahasa.Oleh hal demikian, semangat Melayu yang ditunjukkan dalam filem Melayu sewajarnya mengangkat eleman yang dinyatakan itu.Pendapat Syed Hussin merupakan pencirian asas terhadapa spek orang Melayu.Hal yang demikian kerana masyarakat Melayu sekarang kebanyakan mengamalkan perkahwinan campur.Hasil pewrkahwinan tersebut pencirian fizikal Melayu jelas berbeza terutama berlaku perubahan pada kulit sawa matang,berbadan sederhana besar dan tegap.
Kesimpulannya,dalam hal ini semangat Melayu yang melingkar di setiap ruang filem Melayu sudah lama wujud.Bezanya,terletak pada pencirian ini yang diangkat secara mutlak atau tidak.Bagi mencari jawapan tentang persoalan semangat Melayu yang di bentuk dalam filem,keadaan ini bergantung kepada kehendak pengarah filem.Ideologi sesebuah filem sebenarnya secara halus dipengaruhi oleh persepsi pengarah-pengarah tentang persekitan ataupun sesuatu isu yang ingin dikupas.Filem sebenarnya bukan hak milik peribadi pengarah untuk membicarakan hal peribadi tetapi merupakan medium yang penting untuk menyampaikan propaganda serta sesuatu ideologi secara halus.

3 comments:

  1. salam, terima kasih. maklumat yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. maklumat yg bagus utk buat assignment ni. hehe..tq

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat ini. boleh saya tahu siapa penulis untuk article ini?

    ReplyDelete