Monday, January 11, 2010

Al-fatihah buat dua orang pelajar Upsi kerana pemergian mereka ke Rahmatullah

Assalamualaikum..marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada kedua pejuang Islam UPSI Cikgu Fadhiri dan Cikgu Faizol yang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Doakan semoga Roh mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin...

Friday, January 8, 2010

ceritaku yang entah apa-apa

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan kalau dilihat kepada sinopsis novel sulung saya memanglah nampak macama novel cinta muda-mudi.Tapi sebenarnya tidak. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang novel saya nanti anda semua boleh baca nukilan saya setelah saya siapkan karangan saya. Tapi novel saya tulis mungkin berbeza dengan novel-novel yang berlambakan di pasaran. Ada sentuhan saya yang tersendiri dan juga kelainan. Harap-harap novel yang saya karang ini dapat menyentuh jiwa dan sanubari anda semua.

Cetusan minda,
Mama Salwa

Novel sulung- Terbitnya kasih di atas sejadah Rindu



Kisah-kisah kemasyarakatan yang tercetus akibat perkahwinan terlarang, pertembungan dua agama yang berbeza, tanpa restu, dendam dan perselisihan serta kisah pergolakan cinta seorang gadis penganut agama Kristian Protestant yang kuat dengan dua lelaki yang beragama Islam.

Natasha lemas dalam dalam dunianya sendiri akibat dihimpit dua orang lelaki yang mempunyai keperibadian dan perwatakan yang agak berbeza sekali.  Adakalanya Natasha berasa bosan dan mahu sahaja menolak cinta kedua-dua lelaki yang hadir dalam hidupnya. Terlalu sukar baginya untuk memilih cinta yang hakiki ditambah pula cintanya mungkin ditentang keras oleh orang tuanya kerana agama yang berbeza.  Lebih baik dirinya terus hidup bersendirian.

Namun demikian, dapat dirasakan Shafiq Rakhil lelaki pertama yang dikenalinya semasa melangkah masuk ke Universiti perhatian Shafiq bukan sekadar sebagai ketua kelasnya sahaja.  Selembar waktu berlalu, perwatakan Ridhwan Rizal yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan serta kebaikan Ridhwan yang dilihat Tasha kerana agama yang dianutinya sedikit sebanyak telah mencuit hati wanitanya. 

Namun hati kecilnya mula menerima satu getaran cinta luhur yang meresap ke segenap sanubarinya.  Mungkinkah Shafiq Rakhil dan Ridhwan Rizal Berjaya menagih cinta sejati mereka? Kehadiran sinar cahaya yang luhur dalam hidup Natasha telah merubah pegangan Natasha dengan berpegang teguh kepada Tuhan yang satu.



Monday, January 4, 2010

Isu penempatan graduan Upsi melemahkan semangat pelajar

Assalamualaikum w.b.t
Isu penempatan graduan pendidikan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi tanda tanya bagi semua lapisan masyarakat. Apakah kesudahan yang akan berlaku? Kegusaran, kegundahan kian bersarang di segenap jiwa para pelajar. Apakah kami semua akan bergelar seorang guru kelak? Mungkin ya mungkin tidak. Seharusnya kita sebagai seorang pelajar tidak mudah melatah dengan segala permasalahan yang timbul. Tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang datang. Setiap permasalahan semestinya mempunyai jalan keluarnya yang tersendiri. Jadi, wahai sahabatku semua marilah kita sama-sama berdoa agar kita cepat diberi jalan keluar oleh Allah s.wt untuk merungkai semua permasalahan yang timbul. Tugas kita masih lagi berbaki sebagai seorang pelajar. Jadi buangkanlah segala kegusaran anda bagi membentuk gagasan diri yang berjati diri tinggi. Marilah kita sama-sama laungkan gagasan satu Malaysia.

Mama green
7.20 a.m selasa