Thursday, September 10, 2009

Lakaran kehidupanku..

 
Assalamualaikum...hari ini cukup indah buatku menjalani kehidupan seperti insan-insan lain.Pukul 8 pagi kumpulan saya kena buat presentation Sejarah Malaysia Dr. Bad. Ini adalah satu aktiviti yang cukup mencabar bagi saya. Apa tidaknya,kelas kami kalau sudah mulakan perbentangan...emmm memang la satu kerja yang cukup berat juga dikatakan. Mesti presentation itu akan menjadi bahan perbahasan yang cukup hangat dan panas.Hendak atau tidak itu sudah memang tanggungjawab kami sebagai pelajar untuk kursus LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900-kini.Topik yang diperkatakan kami pula memang cukup hangat seperti cempedak yang baru angkat dari kuali..apa lagi kalau bukan isu pendidikan di MALAYSIA.Perkara ini memanglah jadi bahan perbicaraan semua orang dari dulu hingga kini. Itulah kursus kami dinamakan Sejarah Malaysia 1900-kini..hihhii..Mula-mula saya add kursus ini memang rasa pelik juga..sebab ada perkataan kini. Setelah ikuti subjek ini barulah saya mengerti apa maksud kini sebenarnya. Ehh..lupa pula dah melalut ke lain pula saya..tadi nak cerita pasal presentation ini sudah masuk topik lain pula.

Hendak dijadikan cerita masa sebelum perbentangan kami kelam kabut..saya lihat Zaki teruna group kami sempat lagi tambah dan ubahsuai isi dalam slide kami dekat depan. Mujurlah Dr. Bad masuk lambat 5 minit hari ini. Biasanya Dr. Bad ini datang awal daripada kami.hheheh...kamu semua hendah tahu kenapa jadi kelam kabut begini...sebenarnya saya dan kawan-kawan saya yang lain Mulye,Pza,Ami n Mai tidak sempat jumpa dengan Zaki untuk discussion..Yalah kami sibuk dengan assigment yang melimpah ruah bak timbunan lauk kat dalam nasi...Zaki pun sama..semua xment kena hantar minggu ke-10.Itu yang bergegar kepala kami yang dari darah beku terus cair macam ABC yang masuk dalam rongga mulut waktu panas...Ditambah pula Zaki itu kami kurang kenal sangat dan dia sibuk dengan Palapes lah..Mat tiarap katakan pejuang Negara...lebih kurang begitulah.

Alamak melencong ke lain pula dah...kat mana sudah kita tadi ....Alhamdulillah presentation kami tiadalah seteruk yang saya sangkakan. Kira berjalan dengan lancar ler juga. Yang seronoknya banyak pula orang berbahas dan bertanya soalan kepada group kami. Lagi-lagi seorang budak perempuan kelas kami memang dia suka berceloteh bagi pendapat. Saya tidak kisah sangat janji group kami berjaya dan tidak terpesong dari kehendaj soalan Dr.Bad.Secara keseluruhan Dr.Bad cakap baguslah group kami..Lega saya...Mujurlah ada Zaki,Mulye,Pza dan Ami...Zaki lah yang paling banyak bercakap..saya main bantai je...lepas tu lega sangat...
Terima kasih kepada semua kawan-kawan..Mulye,Zaki,Pza,Ami kerana memberi kerjasama dalam menjayakan presentation ni..hehhe..jasa kamu semua akanku kendong hingga ke liang lahat...Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment