Monday, January 11, 2010

Al-fatihah buat dua orang pelajar Upsi kerana pemergian mereka ke Rahmatullah

Assalamualaikum..marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada kedua pejuang Islam UPSI Cikgu Fadhiri dan Cikgu Faizol yang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Doakan semoga Roh mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin...

Friday, January 8, 2010

ceritaku yang entah apa-apa

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan kalau dilihat kepada sinopsis novel sulung saya memanglah nampak macama novel cinta muda-mudi.Tapi sebenarnya tidak. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang novel saya nanti anda semua boleh baca nukilan saya setelah saya siapkan karangan saya. Tapi novel saya tulis mungkin berbeza dengan novel-novel yang berlambakan di pasaran. Ada sentuhan saya yang tersendiri dan juga kelainan. Harap-harap novel yang saya karang ini dapat menyentuh jiwa dan sanubari anda semua.

Cetusan minda,
Mama Salwa

Novel sulung- Terbitnya kasih di atas sejadah Rindu



Kisah-kisah kemasyarakatan yang tercetus akibat perkahwinan terlarang, pertembungan dua agama yang berbeza, tanpa restu, dendam dan perselisihan serta kisah pergolakan cinta seorang gadis penganut agama Kristian Protestant yang kuat dengan dua lelaki yang beragama Islam.

Natasha lemas dalam dalam dunianya sendiri akibat dihimpit dua orang lelaki yang mempunyai keperibadian dan perwatakan yang agak berbeza sekali.  Adakalanya Natasha berasa bosan dan mahu sahaja menolak cinta kedua-dua lelaki yang hadir dalam hidupnya. Terlalu sukar baginya untuk memilih cinta yang hakiki ditambah pula cintanya mungkin ditentang keras oleh orang tuanya kerana agama yang berbeza.  Lebih baik dirinya terus hidup bersendirian.

Namun demikian, dapat dirasakan Shafiq Rakhil lelaki pertama yang dikenalinya semasa melangkah masuk ke Universiti perhatian Shafiq bukan sekadar sebagai ketua kelasnya sahaja.  Selembar waktu berlalu, perwatakan Ridhwan Rizal yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan serta kebaikan Ridhwan yang dilihat Tasha kerana agama yang dianutinya sedikit sebanyak telah mencuit hati wanitanya. 

Namun hati kecilnya mula menerima satu getaran cinta luhur yang meresap ke segenap sanubarinya.  Mungkinkah Shafiq Rakhil dan Ridhwan Rizal Berjaya menagih cinta sejati mereka? Kehadiran sinar cahaya yang luhur dalam hidup Natasha telah merubah pegangan Natasha dengan berpegang teguh kepada Tuhan yang satu.



Monday, January 4, 2010

Isu penempatan graduan Upsi melemahkan semangat pelajar

Assalamualaikum w.b.t
Isu penempatan graduan pendidikan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi tanda tanya bagi semua lapisan masyarakat. Apakah kesudahan yang akan berlaku? Kegusaran, kegundahan kian bersarang di segenap jiwa para pelajar. Apakah kami semua akan bergelar seorang guru kelak? Mungkin ya mungkin tidak. Seharusnya kita sebagai seorang pelajar tidak mudah melatah dengan segala permasalahan yang timbul. Tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang datang. Setiap permasalahan semestinya mempunyai jalan keluarnya yang tersendiri. Jadi, wahai sahabatku semua marilah kita sama-sama berdoa agar kita cepat diberi jalan keluar oleh Allah s.wt untuk merungkai semua permasalahan yang timbul. Tugas kita masih lagi berbaki sebagai seorang pelajar. Jadi buangkanlah segala kegusaran anda bagi membentuk gagasan diri yang berjati diri tinggi. Marilah kita sama-sama laungkan gagasan satu Malaysia.

Mama green
7.20 a.m selasa

Wednesday, December 16, 2009

Melangkah ke alam baru






 Assalamualaikum
Sudah terlalu lama aku x update blogs ni..memang malas sangat nak buka..kalau buka pun sekadar jenguk2 blog Hanako.Apa-apa pun kiranya aku dah update lah blog ni..emm sekarang tengah buat novel..tapi tak taulah macamna plot citer novel aku tu..lama benar bercuti hinggakan beku aku punya fikiran.Iyalah apa tidaknya asyik terperap kat rumah. Bosan yang amat juga. Tut..tut.. dah nak buka sem baru dah. Tahun baru pun dah makin hampir. Sebelum terlambat atau awal2 gini kira dah baguslah aku ucapkan selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung blog aku ni. Selamat berhijrah dan mempunyai keazaman baru. Semua barulah senang..Assalamualaikum..

by : Mamagreen

Tuesday, December 15, 2009

Promosi hebat untuk ke Gerbang perkahwinan..

Assalamualaikum..kepada semua pengunjung blog ini yang mahu mendirikan masjid di musim cuti bolehlah membuat tempahan barang hantaran perkahwinan dengan saya. Tempahan boleh dibuat dari sekarang. Hahha.. kawan2 aku pandai berniaga dah sekarang. Tak percaya pun kena percaya juga. Ini sample yang korang boleh lihat. Mesti korang berminat. Harga boleh dirunding. Harga sangat berpatutan dan kepuasan yang paling penting.

Tengok2 lah..cantik kan..



ok tak..lau berkenan cpt2 tempah erk!

                                                                      ni basikal tua..

ini sebahagian smple barang hantaran..sebenarnya ni bisnes sambilan kakak aku..hahah aku tolong promote jer..

Sunday, November 8, 2009

Info terkini banjir



Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini semakin meningkat manakala di Terengganu jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan berkurangan berikutan semakin ramai telah boleh pulang ke rumah masing-masing. Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan, Shahnaz Nurul Amin berkata sehingga pukul 3 petang ini bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri meningkat kepada 2,328 berbanding 2,023 tengah hari tadi.

Mereka terdiri daripada 1,322 di Pasir Mas, Tanah Merah (706); Machang (183); Kota Baharu (29); Bachok (61); dan Pasir Puteh (27), katanya ketika dihubungi Bernama.  Sementara itu, katanya Bilik Gerakan Banjir Kuala Krai yang dibuka pagi semalam ditutup petang ini berikutan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan telah pulang ke rumah masing-masing.

Katanya Jawatankuasa Bencana Alam Negeri kini membuat persediaan rapi untuk menghantar bekalan makanan di beberapa pangkalan hadapan di jajahan Tumpat yang biasanya akan dilanda banjir apabila air di hulu Sungai Kelantan semakin surut. Katanya pihak jawatankuasa bencana alam daerah Pasir Mas menghadapi masalah untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Masjid Gabus, Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual kerana beberapa jalan terputus hubungan akibat ditenggelami air.

Bacaan di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya 10.42 meter (bahaya 9 meter) tetapi bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah, paras air kini telah surut ke bawah paras bahaya 22.63 meter (bahaya 23.50 meter). Bacaan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah juga masih melepasi bahaya 17.26 meter (bahaya 16 meter). Katanya hanya jalan utama menghubungkan Kota Baharu ke Pantai Cahaya Bulan di Kampung Tikat masih terputus hubungan.

DI TERENGGANU, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata semakin ramai mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan banjir untuk pulang ke rumah masing-masing.
Sehingga pukul 4 petang ini hanya tinggal 1,107 daripada 278 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahkan di daerah Besut, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu, katanya.

Katanya di Besut, masih ada seramai 32 mangsa banjir daripada sembilan keluarga berada di dua pusat pemindahan, Dungun (534 daripada 119 keluarga di tujuh pusat pemindahan), Setiu (432 daripada 111 keluarga di 10 pusat pemindahan) manakala di Hulu Terengganu hanya tinggal 109 daripada 39 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.

Kebanyakan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan juga telah dibenarkan pulang namun ada yang memilih untuk terus tinggal di pusat berkenaan buat sementara waktu kerana khuatir gelombang kedua banjir berlaku. "Sebanyak 32 pusat pemindahan telah ditutup sejak tengah hari tadi, namun pegawai petugas MKN dan 19 agensi terlibat sentiasa peka dengan perkembangan terbaru situasi banjir. Pusat pemindahan akan dibuka semula sekiranya banjir yang mulai pulih hari ini berlaku lagi dalam masa terdekat,” katanya.
Paras air sungai juga semakin surut, dengan paras air di hampir semua sungai berada di bawah paras waspada.

Semua jalan utama di daerah-daerah yang sebelum ini teruk dilanda banjir kini boleh dilalui, kecuali jalan Pengkalang Merbau Tiong-Pelong ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.6 meter, manakala jalan Permaisuri-Hulu Seladang ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sehingga satu meter.

Jalan utama Terengganu-Pahang dan Terenganu-Kelantan tidak terjejas dan boleh dilalui semua kenderaan, katanya. Di ALOR SETAR, seramai 474 orang di Daerah Padang Terap telah dipindahkan ke 11 buah pusat pemindahan di daerah itu petang ini.  Jurucakap bilik gerakan banjir, Salim Mahmud ketika dihubungi berkata jumlah itu membabitkan 119 keluarga dari 11 buah kampung di daerah berkenaan.

"Antara kampung terlibat ialah Kampung Tanjung, Kuala Jani, Kuala Semeliang, Rambutan, Kejai dan Malau”. Katanya paras air Sungai Padang Terap kini melebihi paras bahaya 19 meter (bahaya 17 meter).